Hai, Let’s continue the journey!!

Selepas ke Da Nang, kami teruskan perjalanan ke Da Lat, Vietnam. Jarak antara Da Nang ke Da Lat lebih kurang 677km bersamaan lebih kurang 13 jam perjalanan menggunakan train dan kami perlu berhenti dahulu di Nha Trang dan menaiki Van Limousine ke Da Lat. Memandangkan pejalanan terlalu jauh kami membuat keputusan menaiki kapal terbang Vietnam Airlines yang mengambil masa 1jam turun di Nha Trang.

Selepas tu ambil grab pergi ke bandar untuk makan tengah hari kemudian menaiki Van Limousine ke Da Lat. Di Da Lat juga mempunyai lapangan terbang tapi memandangkan kos yang tinggi dan lebih jimat dengan menaiki Van Limousine we stick to the plan.

Perjalanan dari Nha Trang ke Da Lat lebih kurang 3-4 jam. Van Limousine yang selesa tidak terasa terlalu lama kerana servis yang diberikan adalah berbaloi dengan harga yang kami laburkan. Mereka menyediakan selimut dan air mineral okay bukan? Sebab kami dah lunch so tiada masalah sangat. Lagipun pemandu akan berhenti sekali untuk rehat dan sambil membuang mana yang patut. hehehe…

Disebabkan Da Lat berada di Tanah Tinggi dan bersuhu dingin, jadi jam 6 biasa dah gelap dah. Perlu diingatkan waktu Vietnam lewat sejam dari Malaysia so do your math.

Untuk di Da Lat kami telah siap siap book pemandu untuk bawa kami ke semua destinasi yang kami nak. Kami book pemandu/guide sebab kami nak perjalanan yang lebih selesa dan senang. Untuk siapa yang lebih gemar boleh sewa kenderaan sendiri. Itu terpulang cuma kami lebih suka bersama dengan local and borak dengan mereka. Ekonomi, politik, the people it self. atleast itu apa yang I buat la cuma biasa la awak ni english pun biasa-biasa and guide english slang vietnamese so lebih banyak ketawa. Hahaha

Untuk Da Lat kami spend lebih banyak dalam 3 malam sebab nak chill2 and not too rush. Sampai Da Lat pun dah lewat masa tu sampai check-in bersihkan diri then terus tidur nak simpan energy untuk hari esok.

Da Lat Day 2

Trai Mat Hydrangea Garden

Kebun Hydrangea yang sangat best!! Dasar perempuan pantang nampak bunga!! Hahaha. Kami habiskan masa almost satu jam sebab nak ambil gambar what to do kena redha la.

 

Sunny Farm Valley

Sunny Farm Valley famous sebab ada props like Stairway to Heaven itu. Untuk ambil gambar kena beratur tengah panas demi gambar. Perempuan dan gambar berpisah tiada. Hahaha

Railway Station

Dalat railway station dia masih berfungsi lagi. Ada train dia bawa dekat-dekat je. I tak try jadi tak sure sampai mana dia pergi. Dekat sini pun banyak tempat wajib bergamba.

Clay Tunnel

Clay tunnel ni besar kawasan dia make sure habiskan pusing. Katanya dia buat dari clay semua binaan dekat sini.

IMG_8919

Day 3

Thuyen Lam Lake

Mostly pemandangan la. Lawa… dia bawak dekat area empangan. Thuyen Lam lake ni tasik buatan manusia tau

Robin Hill Cable Car

Satu-satunya Cable car yang ada dekat Da Lat. Pemandangan yang memukau merentasi kawasan hutan pokok pine

Datanla Waterfall

Da Lat mempunyai banyak waterfall dan mostly jarak mereka jauh antara satu sama lain. Cuma yang special dekat Datanla Waterfall ni dia ada Alpine Coaster. Untuk Alpine Coaster dia ada dua jenis satu yang baru trail dia lagi panjang and satu lagi yang lama. Yang lama tak pasti macam mana sebab tak pernah naik. Yang baru ni you have to try sebab best gila!!

Kelajuan alpine terpulang kepada yang menunggang sebab kita sendiri yang kawal kelajuan dia. Lepas dah turun bawah ke air terjun tu boleh la boleh gambar lagi, Hehehe…

 

Da Lat Milk Farm

Dalat Milk farm dia jauh sikit dari center kawasan tourist. Banyak local je yan datang sini. Sebenarnya Da Lat Milk Farm ni  kilang proses susu produk tempatan dorang. Nak beli susu dorang tutup plak rehat. Dekat sini memang orang datang sebab view dia lawa

Elephant Watefall

Elephant waterfall air terjun yang memang tak boleh mandi pun. Cuma kalau nak tengok lagi dekat boleh tracking ke bawah sikit. Macam I tak nak duduk atas perhati je yang lain turun. Hehehe

Me Linh Coffee Garden

Dengan sini ada macam -macam jenis kopi bagi penggemar kopi. Macam I biasa-biasa je boleh ambil feel la dekat sini. hehe

IMG-9987

Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang nak pergi tapi sebab masa tak cukup ada yang terpaksa skip macam crazy house, love valley and etc.

Sedikit tips:

  1. Semua tempat tarikan mereka nak masuk kena bayar ya. There is no such thing FREE… Hahaha
  2. Da Lat antara tempat yang paling banyak makanan HALAL macam Restoran Kg. Pandan, Siti Hawa, Fatima and etc. Kena rajin google dan cari. Sometimes ada pemandu/guide yang tak faham sebab mereka tak familiar jadi you have to explain to them. Nicely….
  3. Pemandu/Guide kami ni sangat recommended.

 

Advertisements

1 Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.