Sempena tempoh bertenang dalam rumah dan tak boleh pergi mana-mana, dengan isu COVID-19. A little throwback won’t hurt right on my recent trip to Vietnam 2019. hehehe.

So here we go!

Danang merupakan antara salah lima bandar yang mempunyai populasi terbesar di Vietnam selain Ho Chi Mih, Hanoi, Haiphong dan Can Tho. Mempunyai dua musim iaitu tenkujuh bersama ribut mulai September – Disember dan musim panas mulai Januari – Ogos.

Pada November 2019 yang lalu saya berkesempatan berkunjung ke Da Nang, Vietnam bersama dengan dua orang rakan ke Vietnam selama 9 hari dan Da Nang merupakan antara salah satu destinasi pilihan kami.

Disebabkan masa kami suntuk, hanya beberapa tempat yang kami pilih untuk lawati dan antara wishlist  kami. Walaupun sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Da Nang.

Asia Park Sun World Da Nang Wonders

Basically Asia Park Sun World Da Nang Wonders like typical normal theme park. But since kami sampai malam dan esok nak gerak ke Ba Na Hills then we decide ke sini. Memandangkan harga tiket yang berbaloi then Lets GO!!

Dia ada banyak game dalam ni and game favourite dalam ni Queen Cobra sebab dia roller coaster, laju, and malam tu kebetulan hari biasa takde orang and kami je yang naik. so yeah Me LOVE!! hahaha

Owh ya theme park ni buka dari jam 3.00 petang -9.00 malam untuk hari biasa dan 3.00 petang – 10.00 malam untuk weekend. Untuk yang suka gambar sini memang banyak photo spot so boleh la bergambar sakan!

IMG_1271IMG_1247IMG_3169IMG_3131IMG_3242IMG_3250

Ba Na Hills  Wishlist

Ba Na Hills kami pergi sebab memang aim kami. Untuk ke Ba Na Hills pertama sekali of course kena ada tiket dia la kan. Hahaha. Transport ke Ba Na Hills either naik teksi atau tempah kenderaan boleh buat secara atas talian atau melalui hotel. Biasa mereka akan membantu. Jangan risau. Perjalanan dari Hotel ke Ba Na Hills biasa dalam 30 – 45 minit untuk sampai.

Bila dah sampai ke Ba Na Hills lepas dari pintu masuk korang boleh pilih nak naik cable car yang mana satu untuk sampai ke puncak. Sebelum sampai puncak akan ada satu pit stop. Untuk yang nak berhenti ke Golden Bridge di cadangkan pilih Hoi An Station keluar dari cable car jalan sikit akan nampak jambatan tu.

Bila sampai dekat atas Ba Na Hills kami berasa seperti di perkampungan Perancis. Pemandangan yang sangat memukau. Cuma masa kami pergi agak cloudy dan gerimis. Kena tunggu lama sikit baru boleh explore.

IMG_7269IMG-9984IMG_9522IMG_1437

Owh ya untuk yang nak mencari makanan HALAL jangan risau, korang boleh google dan dan salah satunya Simpur Restaurant (Owner dari Brunei kalau tak silap). Cumanya Halal food dekat Vietnam sedikit pricey dan terpulang selera masing-masing macam mana sama ada nak 3x sehari makan dekat restaurant atau tidak. hehehe

Sedikit tips:

  1. Kalau nak beli tiket themepark atau transport untuk bergerak dari hotel ke Ba Na Hills senang beli dekat KLOOK senang dan boleh bajet awal plus harga dia lagi murah dari beli di kaunter.
  2. Kalau tak nak bersesak sila sampai awal. Dekat Ba Na Hills tiada makanan halal setakat coffee boleh je.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.