Selepas ke Da Lat, kami teruskan perjalanan ke Mui Ne mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit. Laluan dari Da Lat ke Mui Ne boleh dikatakan agak mencabar kerana perjalanan kali ni kami menggunakan bas melalui jalan bengkang bengkok dengan ada tak fully tar and ada construction. Kesian jugak dekat penumpang yang duduk seat belakang sampai melantun-lantun la.

Kami siap awal sebab bas jam 7.30 pagi. Tunggu dekat Hanh Café. Dalam jam 8 pagi gerak tiba jam 12 tengahari. Sepatutnya journey dalam 5 jam 30 minit. I’m not sure if driver dia bawak lalu shortcut ke tapi jalan dia memang takleh bawak bincang.

Sampai Mui Ne check-in hotel dan amik pakej tour hotel. Pakej ni dia cover 4 tempat White Sand Dunes (Sunrise), Red Sand Dunes, Mui Ne Fishing Village da Fairy Stream.

Jam 4.30 pagi ya dah kene ada kat lobby. Mata panda… hahaha

Sebenarnya bila dah sampai je dekat Mui Ne akan ada banyak tour company approach kita untuk amik pakej dekat company travel tour masing. Mostly I rasa harga tak banyak beza sangat. Tour dia by jeep either sharing jeep or private jeep. Pakej sunrise private jeep dalam 449k/per jeep.

Jam 4.30 pagi bergerak dari hotel driver  bawa jeep rempit weh laju gila namati. Potong banyak gila jeep. I tengok jeep lain bawak rileks2 je. Sampai dekat situ orang agak ramai belum sempat tarik nafas dia nahhh kena hulur 300k per person tau untuk naik atv dia bawak dekat peak sand dunes untuk tengok sunrise. Hahaha… tetiba rasa macam kena scam… hahaha

Lepas habis sunrise naik atv lagi dia bawa dekat peak lagi satu. Naik atv ni I tak boleh blah rasa macam nak tebalik tegolek telangkup masa dia bawak. Gila weh… Bila dah bawak atv naik mcm tu ok la sedapkan hati… berbaloi kot 300k… hahaha.. All is well…

Too bad sunrise tak nampak sebab langit mendung sikit pagi tu.

IMG-9974IMG-9976

Then sambung Red Sand Dunes NO entrance fees. Tapi kami kena mendaki untuk sampai ke atas. Boleh feeling2 ambil gambar lagi. Kalau nak main sand boarding pun boleh dekat sini akan ada orang approach untuk rent benda tu. Sebab I tak naik jadi tak pasti berapa dia caj.

photo_2020-03-28_23-02-26

Seterusnya kami teruskan tour ke Mui Ne Fishing Village. Dekat sini kami berhenti sekejap je sebab masa sampai dah ramai orang and nelayan baru naik so ramai tengah tunggu ikan kot.

Last pit stop ke Fairy Stream. Fairy stream I tak pergi sampai hujung pun so not sure apa yang ada dekat penghujung tu ada fairy kah? Hehehe. Kami ada tanya mamat ni dia pergi sampai habis tak sebab dia dari arah berlawanan. Dia kata tak pun, not sure worth it ke tak nak pergi. Jadi kami pun decide tak pergi sebab tengok hari nak hujan. Sampai je dekat jeep tu naahhh hujan… nasib nasib…


Tamat tour kami balik hotel untuk sarapan then kerkemas sebab jam 12 nanti ada teksi yang akan bawak kami ke Phan Thiet Railway Station (300k/percar) sebab jauh dalam 30 -45 minit. Sampai train pergi kaunter print tiket then terus naik train sebab train dah memang tunggu. Train dari Mui Ne ke HCM dalam 5jam 30 minit. Tidur dah pergi toilet pun dah tapi tak sampai2. Kalau nak hilangkan bosan boleh bawa game card macam uno ke… hahaha

Di Ho Chi Minh kami tak explore sangat sebab just ada satu hari untuk cuci mata sikit dan beli souvenir untuk rakan-rakan.

Owh ya dekat Mui Ne pun ada halal food ya guys. So don’t worry!! Happy Travelling!!

Untuk details keseluruhan trip I akan buat another post ya.

Thank you for reading!! 😀

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.