Koh Samui merupakan pulau kedua terbesar Thailand, terletak di Teluk Thailand di pantai timur Kra Isthmus. Ia terkenal dengan pantai kelapa sawitnya, pokok kelapa dan hutan hujan dipegunungan, ditambah resort mewah dan spa mewah.

Untuk ke Koh Samui ada dua cara. Cara mahal dengan cara murah tapi it takes long journey.

Cara mahal
Beli tiket direct flight ke Koh Samui guna Firefly which is costly. Harga standard dalam almost RM1200 return untuk perjalanan yang tak sampai 3 jam.

Cara murah
Beli tiket AA which is RM149 return not include Luggage + makanan, Touch down je cari dekat area pintu keluar ade company pakej bas sekali dengan tiket feri + transport hantar ke depan hotel terus. Naik bas dalam 1j 45 minit. Naik feri pon dalam 1j 45 minit.

20150425_13533420150425_145706

Trip ke Koh Samui kalini kami pergi berdua. Untuk penginapan, di Koh Samui terdapat pelbagai range harga penginapan yang ditawarkan dari yang termurah sehingga yang termahal. Pilihan di tangan anda. Kalau nak menginap dekat tourist spot boleh menginap di Chaweng Beach

Apa yang menarik boleh dilakukan di Koh Samui?

Bagi yang menginap untuk tempoh masa yang sekejap aktiviti yang wajib dilakukan ada island hopping!! Seperti biasa di Thailand banyak tour yang akan menawarkan pakej2 yang menarik dengan harga yang berbeza. Anda perlu membuat pilihan yang bijak dengan harga yang berpatutan.

Bagi Island Hopping, kami memilih untuk ke Koh Tao & Koh Nang Yuan Island disini pakej yang kami ambil sekali dengan Halal Food, jadi untuk muslim tak perlu risau. Disini juga kami melakukan sedikit hiking ke puncak untuk melihat keseluruhan pulau. Penat! Tapi berbaloi. Kalau tak nak diganu sewaktu mengambil gambar, lepas je bot turun boleh terus pergi panjat. Laluan dia tak susah.

DCIM103GOPRO

Selain itu, aktiviti yang boleh dilakukan anda boleh sewa motosikal dan berjalan sekitar pulau. Untuk mengelakkan anda sesat, anda boleh membeli data plan supaya senang nak waze jalan raya.

Dah alang-alang sewa motor, boleh terus lajak ke The Fisherman’s Village, Bohput Beach, di sini jenis barangan turut dijual. Souvenier pun ada!!

Macam-macam ada dekat Koh Samui ni, tapi sebab kami tak cukup masa so banyak tempat terpaksa skip.

Hari terakhir di Koh Samui, kami just rehat-rehat dan berjalan disekitar pantai Chaweng Beach dan merakamkan kenang-kenangan.

IMG-20150427-WA0009

 

 

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.